Tandan Mengkal berwarna merah orange kekuningan dan kurang daripada 10 biji gugur dari tandan segar.
Tuesday, 15 October 2013
OVERRIPE BUNCH : TANDAN LEBIH MASAK
Tandan Lebih Masak berwarna merah orange kehitaman dan mempunyai 50% biji yang gugur dari tandan buah tesebut.
EMPTY BUNCH : TANDAN KOSONG
Tandan kosong adalah tandan hanya kurang daripada 10% biji segar yang masih tinggal di tandan buah tesebut. Lebih daripada 90% biji telah gugur.
LONG STALK BUNCH : TANDAN TANGKAI PANJANG
Tandan Tangkai Panjang adalah tandan sawit yang mempunyai tangkai panjang melebihi 5 cm daripada biji teratas tandan tesebut.
LOOSE FRUIT : BIJI SAWIT SEGAR
Biji sawit segar mengandungi 40% minyak sawit. Oleh sebab itu ia haruslah di punggut semasa mengambil buah sawit atau dipunggut oleh kumpulan pemunggut biji.
UNFRESH BUNCH : TANDAN BUAH TIDAK SEGAR.
Unfresh Bunch adalah tandan yang dituai melebihi 24 jam, biasanya berwarna orange kehitaman dan tidak segar tangkainya kering. Dihantar dan sampai di kilang melebihi 24 jam.
ROTTEN BUNCH : TANDAN BURUK
Tandan Buruk berwarna kehitaman, buruk, berbau dan tidak ada biji segar yang masih melekat pada tandannya.
UNRIPE BUNCH : TANDAN MENTAH
Tandan Mentah berwarna hijau kehitaman dan tidak ada biji segar gugur dari tandan tesebut.
Monday, 14 October 2013
RIPE BUNCH : TANDAN MASAK
Tanda buah sawit masak berwarna merah orange, mempunyai lebih dari 10 biji segar gugur dari tandan asalnya dan melebihi 50% biji masih sugar melekat panda tandan. Tandan segar harus dihantar ke kilang dalam masa kurang daripada 24 jam.
ANTIGONON LEPTOPUS
Antigonon Leptopus adalah sejenis tumbuhan berbunga yang menjalar. Ia adalah sangat berguna untuk menarik serangga yang menjadi pemangsa kepada ulat prosak tanaman selain sebagai bunga hiasaan.
.
Sunday, 13 October 2013
TUNERA SUBULATA
White Tunera Subulata
Yellow Tunera Subulata
Tunera Subulata adalah sejenis bunga hiasan yang sangat berguna dalam industri peladangan kelapa sawit. Bunga ini dapat menarik serangga untuk membunuh ulat perosak daun kelapa sawit. System ini dapat mengurangkan penggunaan racun serangga yang memerbahaya kepada pokok tanaman itu sendiri kawalan ini dipanggil biological control.
Subscribe to:
Posts (Atom)